Wednesday 29 June 2011

Kaunter Nasihat Maya

Tadi aku skype dengan ayah aku,cerita pasal kehidupan aku seorang diri dekat sini,ayah aku kurang simpati.Mungkin sebab nampak perubahan fizikal aku yang macam kuih pau milah.Ayah nasihat mengenai kehidupan seorang perantau sebab dulu dia pernah belajar dekat us.Dengar cerita nenek aku dia sampai taknak balik Malaysia.amboi bukan main lagi.Tapi yang tu dia tak cerita kat aku,nasib baik nenek aku cerita.Suruh aku kerja tapi x paksa sebab dia risau aku kerja bukan2,ye aku baru hantar borang kerja dekat library,tapi kalau x dapat,aku redha jela sambil makan doritos layan Hagemaru atau The Big Bang Theory(Kalau makhluk macam Sheldon tu jadi kawan aku,mesti aku pilih untuk terjun kb mall je)

Ok sambung,ayah nasihat aku tentang pelajaran,ye memang ayah aku seorang nerd suka belajar baca buku.Tapi dia tak pernah halang apa aku nak belajar,selalu sokong dengan nasihat2 manisnya kurma ini.Kalau dia nasihat je,aku sangat respek,sebab pakai bahasa tinggi macam ada perbahasan walaupun dengan anak-anak melalui skype.xpe yang penting confident kan ayah?Katanya sebagai seorang graphic designer yang berjaya,communication skills amat lah penting sebab bila dapat kuasai dengan baik,client pon yakin dan tidak ragu-ragu dengan kita semasa buat presentation.Tak payah bodek bagi goodie bags pun xpe.Dan yang penting idea.Apa yang ayah aku cakap memang sama dengan tutor aku.Sampai aku macam syak diorang ni macam ada apa-apa.ok gurau.Tapi ayah punya way of thinking sangat aku mengaguminye pun.Aku bangga dia jadi ayah aku walaupun dia lebih kuat berleter dari mak aku.kih3.Siap pointed out pasal iklan Late Yasmin Ahmad yang orang tengah kukur kelapa tapi nampak macam tengah bawak motor.Lawak haha.

Lepas ni,aku lagi semangat nak belajar.Terima kasih ayah :)

Sambung tengok hagemaru....




kalau screencapped muka ayah macam tu kena potong duit belanja x?


Labels: , , ,

Sepi seorang perantau


Tadi,akhirnya aku berjaya menjejakkan kaki keluar dari gua yakni bilik aku. ha ha ha.Itupun sebab terdesak nak beli barang-barang dapur dan bayar bil elektrik dan gas.Hah banyak betul tugasan,tabah aku harungi semua sekali gus.Cuma aku harap kalau ada eskelator dari rumah aku ke town lebih senang hidup aku,tak payah nak pikul barang kiri kanan macam bangla jual carpet dah.Tapi semua tu memang xlogic,sebab aku duduk sini pun tak bayar cukai,kalau mintak mengada2 macam tu,mungkin nasib aku baik,dapat pelempang 3 helai,jadi la dari tak dapat apa-apa kan.Apa aku merepek?Dah fokus.

Sebenarnya tadi jalan seorang diri seronok jugak,kalau xtau jalan main redah pun,tak da siapa nak lempang kepala aku.Harini pun tak sejuk mana.penat aku pakai dah macam kek lapis sarawak,rupanya panas macam kat padang arafah.Walaupun aku tak pernah pergi padang arafah,tapi suka hati aku la.Datang dekat area mall je mesti aku seronok sebab ada je orang busking.Tadi paling seronok bila ada pakcik ni busking lagu 'Old McDonald' siap ada moo moo here and moo moo there..bunyi keldai semua cukup.Bila aku bubuh coin,lagi kuat pulak dia menyanyi.terkejut boboi. -_- .Patut la ramai kanak-kanak ramai duduk depan dia -dalam hati-.

K bai.

barang dapur.

Labels: ,

Tuesday 28 June 2011

Perangai Pelik : Bapa Jurugambar


Dulu,awal-awal aku masuk Politeknik Johor Bahru,tak kenal siapa-siapa pun.Memang la,kata baru masuk.hish.Datang dengan ayah aku,tetapi aku jugaklah yang menyorong beg bagasi  yang sama tinggi dengan aku.Terima kasih ayah sebab buat hidup saya lebih tabah .Okey,sampai bilik aku kemas barang semua,sementara ayah menolong menangkap gambar disetiap sudut bilik dan luar bilik macam ada kes pembunuhan berlaku ditempat kejadian sampai roomate aku syak aku ni artis atau ejen perisik.ok tu tipu.

Aku macam dah biasa sebab dari sekolah dulu ayah pernah buat perangai macam tu jugak,cuma dia record je.Sampai dormates aku syak dia kerja jadi jurugambar atau paparazzi.Aku redha je,think positive,nanti dah tua boleh tunjuk kat cucu cicit,dan diorang pun tuduh moyang dia jurugambar jugak.xpe.

Selain itu juga,kami adik beradik akan dipaksa posing dekat mana-mana yang dia rasa cantik dan menarik berdiri tegak-tegak tak peduli orang sekeliling nak kata apa walaupun ditengah-tengah kesibukan jalan Masjid India.Memang hati kering,aku pasrah jugak,masih menjadi tabah.

Tapi tu yang buat ayah unik dan lain daripada yang lain.korang hado?

kbai.

gengster.


Labels:

Hello

Bosan gila,

Aah aku baru buat je blog ni,blog lama dah melingkup sebab banyak sangat cerita sampah dan tidak berfaedah.

Aku ambil tindakan sorokkan je lah blog lama.

Tapi masalahnya blog ni pon bakal menjadi sampah jugak.ha ha ha (gelak macam man laksa)

Tengok pakai template je,takde benda terbang-terbang atau ruangan borak kat tepi.

ok.Ni biodata kiteww.

Nama : Malas la nak taip lagi.k bai.

Labels: